Sejarah Ringkas
Seni silat Sukmo Rogo mula diperkenalkan di daerah Kajang pada tahun 1918 .Semasa itu silat ini di panggil dengan nama Silat Jawa. Pada tahun 1925 seorang pendekar bernama Sukimin bin Marto telah mempelajari silat ini dari Haji Sirat di Kajang. Memandangkan semasa itu Haji Sirat masih mengajar silat ini maka Sukimin bin Marto tidak mengajar silat ini di Kajang, sebaliknya beliau mula mengajar silat ini di Cameron Highland dan Jalan Tapah, Perak.
Semasa didalam perantauan beliau, telah banyak tempat-tempat yang disinggahi hingga pada satu ketika beliau telah menetap di Siam dan telah mempelajari seni mempertahankan diri Muay Thai yang kini dipanggil Tomoi. Sebelum mempelajari silat dari Haji Sirat beliau juga telah mempelajari berbagai jenis silat di Pulau Jawa Indonesia sebelum sampai ke Tanah Melayu pada awal tahun 1920 an. Destinasi beliau yang pertama di Tanah Melayu adalah di Johor. Disana beliau telah mempelajari silat daripada Haji Mohammad Noor Bentan . Pak guru Sukimin bukan sahaja tangkas dalam persilatan bahkan juga mempunyai bakat sebagai pelakun bangsawan ketika itu. Antara cerita-cerita bangsawan yang pernah beliau lakunkan adalah Megat Alang di laut, Jasmina dan lain-lain. Disebabkan penglibatan beliau dalam lakunan bangsawan itu maka banyaklah tempat-tempat yang telah singgahi. Di dalam masa itu beliau telah berkesempatan mempelajari berbagai anika jenis persilatan dari guru-guru silat yang terdapat di desa dan kampung yang di dudukinya.
Setelah sekian lama beliau merantau, beliau kembali semula ke Kajang dan telah menetap di Batu 12 jalan Cheras Kajang sehingga beliau mendirikan rumah tangga di sana. Ketika itu ilmu persilatan yang beliau warisi tidak diketahui umum walaupun isterinya sendiri. Pada tahun 1956 beliau telah dikunjungi oleh seorang kenalannya dan telah merayu pada beliau supaya mengajarkan ilmu persilatan yang beliau warisi. Bermula dari saat itu Silat Sukmo Rogo diperkenalkan. Pada mulanya ia dikenali sebagai silat Kuntau Jawa. Pak guru Sukimin telah memimpin silat ini hingga beliau kembali ke rahmatullah pada 7hbMei 1986. Pencak silat Sukmo Rogo telah melalui tiga generasi di daerah Kajang sejak ianya mula dibawa dari tanah Jawa.
Sehigga kini ia masih hidup dan diminati oleh pemuda-pemuda sekitar Kajang dan Kuala Lumpur walaupun ia menghadapi persaingan daripada lain-lain jenis silat. Walaupun bertahun silat Sukmo Rogo telah kehilangan Pak Guru Sukimin yang dikasihi, namun namanya dan Sukmo Rogo masih menghijau dan terus mengeluarkan cabang dan ranting yang di pimpin oleh murid-muridnya kepada benih-benih baru yang kini haus dengan seni silat Sukmo Rogo yang begitu indah dan mantap. Sukmo Rogo tetap unggul, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Pak Guru Sukimin . Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin
ReplyDeletelama sungguh meninggalkan dunia persilatan ni
ReplyDeletejom ahli2 baru dan lama kita join blog ini.
ReplyDeleteSaya ahli sukmo rogo gelangang Sungai Ramal..
ReplyDeleteBoleh saya taw gelanggang dimana
DeleteBoleh saya taw gelanggang dimana
DeleteTerima Kasih guru2 Ku Sifu Zaidi Fighter, Sifu Zaim Tendangan Tanpa Bayang, Sifu Aceh Gerak Sulit Membunuh, Sifu Ayen Harimau Tiada Bandingan tidak lupa juga pada Sifu segala Sifu Wak Mail Gerakan Tanpa Jejak. Sukmo Rogo adalah Satu2 nya Silat Yg aku betul2 istigomah. Sukmo Rogo di Hati Ku(",)
ReplyDeleteWelcome zabid.. 2018 saya baru baca komen awak... hahaha
DeleteAjarkan saya seni sukmo rogo ini
DeleteSemoga bergerak kerana Allah
ReplyDeleteSaya secara peribadi ingin memohon jutaan kemaafan kpd semua Guru2 dan ahli2 atas kelemahan diri kerana gagal mmberi komitmen penuh pd persilatan yg dicintai ini. Gelanggang Sukmorogo di Bangi pula kini seakan2 tenggelam timbul lantaran oleh masing2 punyai kekangan waktu dan tanggungjawab lain yg harus didahulukan... InsyaAllah, sy doakan suatu masa nnti ilmu persilatan ini pasti akan terus berkembang subur oleh generasi2 yg seterusnya. Budaya Sukmorogo yg sentiasa terbuka dan berlapang dada pasti dapat menarik hati para pencinta persilatan melayu di seluruh pelusuk tanah air dan nusantara bahkan ke suluruh pelusuk dunia.. insyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih sudi belajar silat ini... sehingga kini SR masih terus ada walau di sekitar Kajang shj.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSy merupakan ahli SR di gelanggang bandar baru bangi tahun 2001-2007..rindu pada semua abg seguru..maaf kerana bertugas di tempat jauh x berkesempatan berjumpa terutama abg amran yg banyak mengajar sy..
ReplyDeleteBerminat Untuk anak belajar silat sukmorogo.Namun tiada maklumat lengkap
ReplyDeleteBoleh jumpa di Dewan komuniti Sg Kantan.. pagi Ahad
Deleteal fatehah buat tok kimin
ReplyDelete